Tarikh Bayaran i-Sinar KWSP Tanpa Syarat Bermula 2 Mac 2021 - Suara Kerjaya!

Breaking

Wednesday, March 3, 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar KWSP Tanpa Syarat Bermula 2 Mac 2021



Untuk makluman, permohonan baharu melalui pemansuhan kriteria serta syarat kemudahan i-Sinar akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki caruman di dalam akaun 1 KWSP ahli. 


TARIKH BAYARAN i-SINAR MAC 2021


Pasti anda semua telah mengetahui bahawa pemansuhan kriteria serta syarat kemudahan i-Sinar telah diumumkan pada bulan Februari 2021. Berikutan daripada itu, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa bayaran akan dilakukan bermula pada 2 Mac 2021 serta kelulusan berperingkat diberikan bagi permohonan yang telah dilakukan sebelum tarikh 25 Februari 2021. 


Untuk pengetahuan anda, bermula pada 8 Mac 2021 juga kelonggaran akan diberikan kepada ahli bagi membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah yang telah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon dan mod bayaran di laman i-Sinar atas talian. 


KELULUSAN i-SINAR DIBERI KEMUDAHAN

  • Menurut pihak KWSP, bagi ahli di bawah umur 55 tahun yang telah melakukan permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula pada 8 Mac 2021.
  • Hal ini termasuk kepada mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli. 
  • Pemansuhan kriteria i-Sinar sebelum ini bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan. 

JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR
  • Untuk ahli yang memiliki simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi mereka (ahli) yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka memiliki akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000. 

TARIKH SESUAI UNTUK MELAKUKAN PERMOHONAN i-SINAR SEMULA

Pihak KWSP menasihatkan agar ahli yang belum pernah melakukan permohonan bagi kemudahan i-Sinar untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan bermula pada 8 Mac 2021 ini. 

Hal ini adalah bertujuan untuk memendekkan masa yang diperlukan bagi proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar. 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-8922 4848. Untuk sebarang pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my

No comments:

Post a Comment