Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) RISDA ~ Mohon & Terima RM1,000 Seorang - Suara Kerjaya!

Breaking

Saturday, March 13, 2021

Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) RISDA ~ Mohon & Terima RM1,000 Seorang


 


Untuk makluman, Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya (SBOKU) adalah merupakan sebuah bantuan kewangan kepada para pekebun kecil, wargakerja RISDA / Pesara RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) atau keluarga terdekat yang mengalami kecatatan atau kehilangan upaya. 


Untuk pengetahuan anda, tujuan SBOKU ini diberikan adalah untuk meringankan beban penderitaan hidup dan mengembangkan keupayaan wargakerja RISDA. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Suara Kerjaya sediakan di bawah ini. 


KADAR BANTUAN


Pembiayaan adalah secara 'one-off' sama ada dalam bentuk kewangan atau mata benda dengan kadar maksimum:

  • RM1,000.00

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, hanya para pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut sahaja yang akan dipertimbangkan:
  • Warganegara Malaysia
  • Para pemohon hendaklah terdiri daripada pekebun kecil / keluarga terdekat yang disahkan oleh pegawai RISDA / Syarikat Milikan RISDA atau keluarga terdekat yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing. 
  • Pendapatan isi rumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
  • Para pemohon perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Semakan boleh dilakukan di laman web Sistem Pengurusan Maklumat OKU http://oku.jkm.gov.my/.
  • Pemohon perlu mendapat perakuan bagi alat yang bakal digunakan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Setiap permohonan perlulah disertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan surat beranak OKU yang disahkan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja.
  • Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti pekebun kecil (TS32 / RISDA7 / TS 18A) atau kad pekerja sebagai bukti wargakerja RISDA / SMR
  • Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti Pekebun Kecil
  • Salinan penyata gaji / pengesahan Pendapatan Pemohon OKU
  • Salinan surat pengesahan Doktor sebagai OKU / Kad OKU
  • Sebutharga harga mesin / Alat bantuan yang diperlukan
  • Gambar pemohon OKU

CARA MEMOHON
  1. Permohonan bantuan hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang SBOKU 4.2
  2. Borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen sokongan dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian.
  3. Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pengarah RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR
  4. Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan kepada semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan. 

Untuk sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh terus berurusan di pejabat RISDA negeri masing-masing. Sila muat turun borang permohonan dengan klik DI SINI

No comments:

Post a Comment