[RASMI] : Bantuan RM500 Kepada Para Nelayan Bermula Hari Ini - Suara Kerjaya!

Breaking

Tuesday, March 2, 2021

[RASMI] : Bantuan RM500 Kepada Para Nelayan Bermula Hari Ini


 

Berita baik buat para nelayan kerana pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan pembayaran pertama berjumlah RM500 sebagai sagu hati kepada golongan para nelayan di bawah pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SISMP) bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR). 


Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I berkata bahawa bayaran akan mula dilakukan bermula pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN). 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Suara Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan pembayaran bantuan kepada nelayan. 


KADAR BANTUAN


Untuk makluman, bantuan akan diberikan kepada para nelayan yang berdaftar dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) sebanyak:

  • RM500 

TARIKH PEMBAYARAN

Bagi pengetahuan anda, pembayaran bantuan RM500 ini akan dilaksanakan secara berkelompok atau berkumpulan berdasarkan daripada tarikh pendaftaran dilakukan. Hal ini bermakna mereka yang telah mendaftarkan diri mereka lebih awal akan mendapat bayaran dahulu. Senarai nama nelayan yang berdaftar telah disemak oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang. 

Kumpulan pertama (daftar awal) bakal menerima bayaran pada: 
  • 03 Mac 2021 (Rabu)

Manakala bagi kumpulan kedua dan seterusnya menerima bayaran masing-masing pada: 
  • 05, 10 dan 12 Mac 2021

Untuk makluman, jumlah keseluruhan para nelayan (tekong dan awak-awak) yang akan menerima manfaat SIMP ialah 1,615 orang berdasarkan daripada rekod yang diberikan LKIM. 

No comments:

Post a Comment