Permohonan Bantuan Warga Emas JKM RM500 2021 - Suara Kerjaya!

Breaking

Tuesday, March 9, 2021

Permohonan Bantuan Warga Emas JKM RM500 2021


 

Melalui Belanjawan 2021, Menteri Kewangan iaitu Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini. 


Hal ini bermaksud, pada tahun ini golongan orang tua atau warga emas yang dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang. 


Untuk makluman, bantuan untuk warga emas di Malaysia akan diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 


Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang digunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat oleh "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.




SYARAT KELAYAKAN


Untuk makluman, orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu mematuhi segala syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/kediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma; atau
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
 

CARA MEMOHON


Untuk melakukan permohonan bagi bantuan ini, para pemohon perlu berdaftar melalui atas talian iaitu seperti di bawah ini:

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Sila klik pada butang 'Daftar Permohonan'
  3. Sila masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan 
  4. Setelah selesai, klik butang 'Daftar'
  5. Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link berikut https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT09
  6. Sila bawa bersama segala dokumen yang diperlukan.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak/yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

SOALAN LAZIM (FAQ)


Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan. 


Jika saya sudah memohon secara atas talian (online) namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi. 


MAKLUMAT LANJUT


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:


Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4, 

62100 Putrajaya.


No. Telefon : 03-8000 8000

1 comment:

  1. Halo semuanya

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda semua kebenaran, semua orang yang Anda lihat posting mereka di blog dan website ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi korban dari cerita mereka dan mereka telah menghancurkan hidupku.
    Saya di sini bukan untuk menceritakan kisah tentang bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak uang karena mereka.

    Saya di sini untuk memberi tahu Anda PERUSAHAAN PINJAMAN yang benar dan satu-satunya yang Allah kirimkan untuk mengubah hidup saya,  mereka SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL, mereka adalah satu-satunya perusahaan pinjaman asli yang diakui dan didanai oleh BANK DUNIA.

    Mereka adalah satu-satunya perusahaan pinjaman asli, mereka memiliki syarat dan ketentuan pinjaman yang cukup besar, untuk memahkotai semua pinjaman mereka terjangkau dan cepat dicairkan tidak seperti perusahaan palsu lainnya yang Anda lihat di sini online yang akan mengambil uang Anda tanpa mencairkan pinjaman Anda,
    Tolong jangan tertipu oleh penguji yang memiliki nomor indonesia dan whatsapp, mereka semua scammers, bagaimana bisa satu perusahaan memberikan pinjaman?, itu harus menjadi pertanyaan pertama Anda orang-orang saya.

    Rekan-rekan saya di Asia, saya mohon Anda untuk mendengarkan saya karena saya bersumpah kepada Anda atas nama Allah, bahwa saya mengatakan yang sebenarnya, ALL GLOBAL GRANT LOAN, perusahaan adalah satu-satunya perusahaan yang dapat diandalkan dan mereka akan memastikan Anda menerima pinjaman Anda setelah Anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang dipersyaratkan.

    Mengapa Anda tidak berada di antara kabar baik ini dengan menghubungi  mereka segera jika Anda SANGAT TERTARIK untuk meninggalkan perjuangan keuangan Anda dan untuk meningkatkan tingkat hidup Anda, ini EMAIL mereka allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda sangat bebas untuk menghubungi saya di EMAIL saya fradesyriritia12@gmail.com untuk informasi lebih lanjut, saya akan senang mendengar Anda berbagi kisah kebahagiaan Anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL karena telah memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    EMAILPerusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Perusahaan :   +1(301)971-444
    Email Saya:  fradesyriritia12@gmail.com

    ReplyDelete