Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah SJKP 2021 - Suara Kerjaya!

Breaking

Friday, March 5, 2021

Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah SJKP 2021


Tahukah anda bahawa walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu untuk membeli rumah sendiri pada tahun 2021 ini melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan ataupun lebih dikenali sebagai SJKP. Menarik bukan?


Apa yang lebih menarik lagi, pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan (slip gaji) seperti golongan nelayan, petani, operator kilang, para peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am masih berpeluang untuk memiliki rumah pertama yang berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP. 


Dan terbaru, pihak Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian. 


APA ITU SJKP?


SJKP ataupun Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan, diperbadankan pada 6 Disember 2007.


Tujuan penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah kesukaran yang dialami oleh mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti para petani dan peniaga kecil dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka sendiri. 


Untuk makluman, skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas. 


Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. 


PROSES PERMOHONAN


Proses permohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut: 

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan. 
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. 
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa kesemua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini. 


Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:

  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat


PERHATIAN: Semua permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Behad. 


SYARAT KELAYAKAN

  • Merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas 
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami. 
  • Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan. 
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20KM daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dilakukan. 
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini. 

Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan. 

SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh terus menghubungi kami di talian 03-2096 5000 atapun klik DI SINI

No comments:

Post a Comment