Bantuan Kanak-Kanak 2021 Sehingga RM1,000 Sebulan - Suara Kerjaya!

Breaking

Thursday, March 4, 2021

Bantuan Kanak-Kanak 2021 Sehingga RM1,000 Sebulan



Berita baik untuk ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan berumur 18 tahun ke bawah kerana kini anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga. 


BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2021


Tahukah anda bahawa Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak bagi meneruskan kelansungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna. 


Untuk makluman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1,000 berbanding sebelum ini yang hanya sebanyak RM450. 


Jumlah BKK Lama

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima sebanyak RM100.
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang. 

Jumlah BKK Baru
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun akan menerima RM150 sebulan setiap seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan menerima RM200 sebulan setiap seorang. 
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

SYARAT KELAYAKAN
  1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. 
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskini Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa. 
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (bagi umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. 

CARA MEMOHON

Berikut adalah merupakan langkah serta cara untuk melakukan permohonan BKK 2021:
  1. Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Cetak Borang Permohonan
  3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat sebarang kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat secara terus di talian 03-8000 8000 atau anda boleh terus pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di kawasan yang berhampiran dengan anda. 

Semoga artikel ini dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua. 

No comments:

Post a Comment