Semakan Status & Tarikh Pembayaran Rayuan GKP 2.0 Februari 2021 - Suara Kerjaya!

Breaking

Wednesday, February 3, 2021

Semakan Status & Tarikh Pembayaran Rayuan GKP 2.0 Februari 2021

 


Berita baik buat anda yang telah memohon GKP 2.0 kerana kini anda boleh melakukan semakan keputusan rayuan GKP 2.0 bermula pada hari ini iaitu 4 Februari 2021 di laman https://gkp.hasil.gov.my/ 


Pengunguman ini dibuat oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi permohonan yang sudah diluluskan, pembayaran akan dilakukan bermula pada esok iaitu pada 5 Februari 2021. Kali ini pasukan Suara Kerjaya akan berkongsikan kepada anda kenyataan media Menteri Kewangan Kementerian Kewangan Malaysia. 




KENYATAAN MEDIA






CARA SEMAK STATUS RAYUAN GKP 2.0


Berikut adalah merupakan cara yang perlu anda ketahui untuk melakukan semakan secara online: 

  1. Sila layari portal rasmi GKP melalui pautan https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik Log Masuk
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Klik butang Semak
  5. Selepas berjaya Log Masuk, anda akan tengok paparan seperti Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan.
  6. Status permohonan dan kelulusan anda juga akan dipaparkan
  7. Maklumat pembayaran juga akan dipaparkan sama ada berjaya dikreditkan atau gagal.

TARIKH BAYARAN

Pemohon yang diluluskan permohonannya, pembayaran akan dibuat bermula esok 5 Februari 2021. 

JUMLAH BAYARAN

Sama seperti GKP 1.0 iaitu sebanyak RM3,000 secara one-off

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan LHDNM, SSM atau PBT sebelum atau pada 31 Ogos 2020

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk mendapatkan maklumat lajut, anda boleh melakukan rujukan pada laman facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau layari laman web rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM di https://gkp.hasil.gov.my/

No comments:

Post a Comment