Bantuan Kredit e-Wallet RM100 2021 - Suara Kerjaya!

Breaking

Saturday, February 27, 2021

Bantuan Kredit e-Wallet RM100 2021


 

Berita baik buat anda semua kerana Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan pemberian e-wallet sebanyak RM50 kepada golongan belia. Namun, hal ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat terutamanya daripada golongan para pelajar. Oleh hal demikian, pihak kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan kepada bantuan eBelia ini. 


BANTUAN E-WALLET RM100


Untuk pengetahuan anda, bantuan e-Wallet bernilai RM100 (dinaikkan dari RM50) ini akan dinikmati oleh mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun. Bantuan ini juga akan diberikan kepada semua pelajar IPTA dan juga IPTS tanpa mengira umur. 


CARA MEMOHON

Pihak kerajaan masih lagi belum mengumumkan cara untuk memohon dan tempoh bayaran. Namun, jika dilihat kepada pemberian eWallet sebelum ini ianya akan disalurkan melalui aplikasi GrabPay, BoostPay atau Touch n Go eWallet. 


Jika terdapat sebarang maklumat terkini mengenai pembayaran e-Wallet RM100 untuk golongan belia ini kami akan kemaskini di sini. Sila pastikan bahawa anda bookmark dan follow page rasmi kami untuk mengikuti dan mengetahui segala maklumat terkini yang kami siarkan. 


Semoga bermanfaan untuk anda semua. 



1 comment: